Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DNA BABI

DNA Babi Dalam Makanan

Orang Melayu dan babi - RENUNGAN dari blog Sdr Sayuti omar Penemuan DNA babi (procine) dalam dua jenis coklat Cadbury yang diriuh randahkan oleh beberapa NGO bertopikan Melayu dan Islam sekali lagi menggambarkan kecetekan pengetahuan dan nilai agama dalam sesetengan kumpulan penganut Islam di negara ini. Babi memang diharamkan dari dimakan kerana sebab-sebab yang Allah s.w.t. sahaja mengetahuinya lebih mendalam. Secara saintifiknya kita diberi tahu dalam daging babi ada verius yang sukar dimatikan dan berbahaya kepada manusia. Sejauh mana ia berbahaya dan kecanggihan ilmu perubatan tidak dapat mematikannya, menjadi persoalan dan tanda tanya. Kerana kalau benar verius itu membawa maut dan merosakkan sistem saraf kehidupan manusia, mungkin ramai manusia yang terkorban dan rosak dengan virus berkenaan. Pemakan daging babi di dunia ini bukan sedikit dari Timur hingga ke Barat. Hanya orang Islam sa...