Wacana Sinar Harian 26: Wakaf Mampu Atasi Monopoli
Wacana Sinar siri ke 26 kelmarin berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama baik dari hadirin. Wacana Sinar Harian siri ke-26 berjudul ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ telah berlangsung di Auditorium Sultan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf kelmarin. Wacana tersebut menampilkan barisan panelis yang tidak asing iaitu tokoh korporat negara, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pengarah Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan. Manakala, Dr Maszlee Malik bertindak sebagai moderator. Ikuti transkrip penuh wacana ini yang disediakan wartawan Sinar Harian. Moderator: Pada permulaan sesi, seperti biasa kita akan memberi peluang kepada ahli panel untuk berkongsi pandangan mengenai tajuk ini. Wan Saiful: Sebagai pembukaan, kita perlu tahu dan faham maksud sistem pasaran bebas. Prinsip pe...