Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DIABETES

Diabetes Penyakit Mahal

Imej
Sumber: myMetro Oleh: Norlaila Hamima Jamaluddin Dalam menangani dan menguruskan diabetes ada satu perkara penting yang mesti ada pada setiap pesakit iaitu kesediaan untuk berubah. Ya, berubah demi kebaikan diri sendiri kerana anda tahu mengawal paras gula supaya sentiasa berada dalam julat ‘normal’ bagi pesakit diabetes bukan kerja mudah. Memang ambil ubat dan atur makan, tetapi apabila diperiksa paras gula tetap meragam. Tidak hairanlah jika saranan untuk memeriksa paras gula sebanyak tiga kali sehari kadangkala boleh buat pesakit kecewa, geram dan sakit hati kerana berasakan usaha yang dilakukan tidak berhasil. Mengurus dan me­ngawal diabetes perlukan pendekatan menyeluruh bukan sekadar telan ubat dan kawal makan semata-mata. Ia perlu dilengkapkan dengan aktiviti fizikal atau bersenam setiap hari, sekurang-kurangnya berjalan selama 20 hingga 30 minit. Kalau tidak mampu dilakukan dalam satu sesi, bolehlah dibahagikan kepada dua atau tiga sesi (10 minit bagi setiap...