Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MAAL HIJRAH - KISAH -KISAH HIJRAH NABI SAW

KIsah-Kisah Menarik Dalam Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW Bersama Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq

Pak Lang paparkan di bawah, kisah-kisah yang menarik di sekitar peristiwa hijrah Rasulullah saw. Semua bahan berikut ini adalah ambilan sebahagian dari buku CATATAN SEJARAH RASULULLAH SAW. (Tajuk kecil mengenai Hijrah). Buku ini adalah nukilan Al-Fadhil Tuan Ustaz Haji Nasaruddin Awang.   Buku ini sedang dalam proses ulang cetak dan dijangka akan 'meletup' di pasaran bila edisi terkininya keluar nanti. Buku ini dikeluarkan dalam versi penghayatan perjuangan. Ianya tidak ditulis oleh ahli akademik tetapi ditulis oleh seorang yang sudah berpengalaman mengharungi onak duri perjuangan - menelusuri perjuangan Baginda Nabi SAW.    Para pembaca blog sekelian boleh mendapatkan buku yang sangat berkualiti ini dari Tn Ustaz Haji Nasaruddin (Pin BlackBerry: 2B1396DO). Pak Lang katakan buku ini sangat berkualiti kerana padanya ada penghayatan rasa yang dapat kita resapi bila membacanya. Memang benar!! Pak Lang dan sesiapa sahaja yang membacanya akan  merasakannya. ...