Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PELIK TAPI BENAR

Pelik!! Misteri Budak Solar 2 Beradik - Siang Aktif Malam Lumpuh Dan Bisu!!

Imej
‘Budak solar’ dua beradik ini bingungkan doktor, siang aktif malam lumpuh dan tak boleh bercakap Islamabad – Shoaib Ahmed, 13, dan adiknya, Abdul Rasheed, sembilan, yang digelar ‘budak solar’ membingungkan doktor di Pakistan.  Kedua-dua beradik itu aktif seperti kanak-kanak lain ketika siang hari. Tetapi, sebaik matahari terbenam, kedua-duanya lumpuh – tidak boleh berjalan atau bercakap. Profesor di Institut Sains Perubatan Pakistan, Javed Akram berkata, dia masih mencari punca penyakit dua beradik itu.  “Kes ini mencabar kami. Doktor kami melakukan pemeriksaan untuk menentukan bagaimana kanak-kanak ini boleh aktif di siang hari, tetapi tidak boleh membuka mata, tidak boleh bercakap atau tidak boleh makan apabila mata hari terbenam,” katanya ketika melawat kedua-dua beradik itu di hospital.  Abdul Rashed, 9, hadapan - bercita-cita untuk menjadi seorang ulama dan Shoaib Ahmed, 13, berminat menjadi guru - berbaring di katil hospital di Islamabad, Pakis...

Istilah-istilah Dalam Bahasa Malaysia Yang Membuatkan Warga Indonesia Ketawa Geli Hati!!!

Imej
Pintu Kecemasan | Foto : yingqi.wordpress(com) Penulispro.com - Seberapa seringkah Anda mendengar, membaca, atau memperbincangkan tentang aneka banyolan yang berkaitan antara bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia? Pastilah sering orang menjadikannya sebagai topik yang lucu di berbagai media seperti facebook, blog, sampai BBM. Pasti ada saja yang memposting istilah-istilah dalam bahasa Malaysia yang sangat sulit diartikan oleh orang Indonesia, tetapi sangat lucu karena kosa katanya tak biasa seperti bahasa Indonesia. Ya, walaupun bahasa Indonesia dengan Malaysia itu tidak jauh berbeda, tetapi dari segi tata bahasa dan makna kata per kata cukup banyak perbedaannya. Oleh sebab itulah, wajar jika orang Indonesia menganggap lucu beberapa istilah bahasa Malaysia yang tidak ditemukan dalam bahasa Indonesia. Sebaliknya, orang-orang Malaysia pun akan mengangap aneh dan lucu beberapa istilah dalam bahasa Indonesia yang tak ditemukan dalam bahasa orang Malaysia. Istilah-istilah...

Pelik!!! Walaupun Dekat, Missudiar Dakwa Jeritan Mereka Tak Di Dengar Pasukan Penyelamat

Imej
Walaupun Dekat, Missudiar Dakwa Jeritan Mereka Tak Di Dengar Pasukan Penyelamat | Bapa saudara kepada salah seorang kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi yang selamat, Missudiar Aluj, 11, menafikan anak saudaranya takut pulang ke rumah selepas mandi di sungai sebaliknya tidak jumpa jalan pulang menyebabkan dia bersama enam lagi rakan hilang sejak 23 Ogos lalu. Suren Seman, 29, berkata, ia berdasarkan apa yang diceritakan oleh Missudiar kepadanya selepas pulih daripada trauma bertarung nyawa lebih sebulan di dalam hutan bersama seorang lagi rakannya yang selamat, Noreen Yaacob, 10. “Dia (Missudiar) ada cakap dia tidak takut kena marah sebab mandi di sungai tetapi tidak jumpa laluan untuk kembali ke jalan besar untuk pulang ke asrama malah, dia turut mendengar bunyi helikopter (ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan). “Mereka juga tidak berganjak ke mana-mana sebaliknya hanya duduk di bawah akar pokok di tepi Sungai Perias. Memang agak pelik juga sebab ia merupakan...

Dahan Kalimah Allah Ini Dijual RM4.4 Juta

Imej
Seorang ahli perniagaan dari negara Teluk sanggup membelanjakan SR5 juta (RM4.4 juta) untuk membeli dahan yang berukir kalimah Allah. Ahli perniagaan yang tidak dikenali itu membelinya daripada Ahmed Al Gamdi, anak orang yang menemui dahan berkenaan ketika menebang pokok kurma lebih 25 tahun lalu. “Dahan itu dijual SR5 juta (RM4.4 juta) di satu pameran seni di ibu negara minggu lalu. Ia dibeli oleh ahli perniagaan dari negara di Teluk Arab,” lapor akhbar Sabq. Gamdi berkata, selepas 25 tahun bapanya memotong pokok berkenaan di Makkah, barat Saudi, kalimah Allah itu masih kekal pada dahan itu sedangkan yang lain musnah. Katanya, kebanyakan dahan lain pokok itu sama ada mati atau bentuknya berubah kecuali dahan yang mempunyai kalimah Allah itu saja kekal dan tidak berubah. – Emirates sumber: taotauajer.blogspot.com / AMEKAW

Kisah Pelik Tapi Benar - Wanita Hamil Selama Hampir 50 tahun

Imej
Tuhan Maha Berkuasa - Seorang nenek dari Maghribi yang sudah berumur 75 tahun didapati telah mengandungkan bayi selama hampir 50 tahun. Zahra Abou Talib berasal dari sebuah kampung di pinggir Casablanca berusia 26 tahun pada tahun 1955, Dia yang sedang hamil ketika itu telah dikejarkan ke hospital kerana wujudnya tanda-tanda kesakitan hendak bersalin.   Setelah 48 jam berlalu, situasinya membimbangkan. Maka doktor mengesyorkan untuk melakukan pembedahan bagi mengeluarkan bayi tersebut. Walau bagaimanapun, Zahra - seperti wanita luar bandar lainnya - terlalu takut dan mengatakan sanggup lagi menahan kesakitan sehingga beberapa hari. Setelah beberapa hari, tiba-tiba sakit untuk bersalin itu berhenti - seolah-olah tidak ada apa yang akan berlaku. Dalam keadaan sedemikian,  Zahra berharap, bayinya itu akan lahir kemudian.    Dia pun menunggu tetapi itu semua tidak terjadi. Bayi itu tidak juga lahir-lahir sehinggalah Zahra berusia 75 tahun. Satu hari, secara tib...

Pelik Tapi Benar- Pisang Belalai Gajah

Imej
Pak Lang dalam musafir. Masih 'capek'! Paparan berikut sekadar berkongsi menghubung Pak Lang dengan para pembaca blog. Harapnya cerita-cerita tentang Palembang dapat Tuan Harun tulis banyak-banyak sebagai info untuk semua anak buah. Tahukah anda di Malaysia juga terdapat pisang yang aneh dan menakjubkan di mana setandan pisang yang panjang sehingga mencecah tanah, mengandungi buah yang sangat banyak dan bersaiz kecil. Nama Pisang Belalai Gajah ini adalah berdasarkan kepada bentuk tandannya dan panjang ke bawah menyerupai belalai gajah. Diberitakan, pisang ini terdapat di beberapa tempat di Malaysia termasuk di Pahang, di Lenggeng (Negeri Sembilan), Sungai Besar (Selangor) dan beberapa negeri lain. Di Pahang buah Pisang Belalai Gajah ini juga digunakan sebagai bahan membuat puding bagi santapan Diraja di Istana Sultan Pahang yang unik. Pisang Belalai Gajah ini juga terdapat di kawasan tropika lain dan di sesetengah tempat ia dijadikan pokok pisang hiasan. Ketinggiannya lebi...