Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SAJAK - RUMAH TANGGA

Sajak Rumah Tangga Yang Pasti Anda Terpegun Membacanya!!

Imej
Akibat Bercinta Sebelum Kahwin  Nafsu sungguh jahat, syaitan amat menipu  Di akhir zaman ini ramai orang berkahwin,  berkenal-kenalan dan bercinta-cinta lebih dahulu  Sebelum berkahwin, di waktu bercinta  semuanya indah-indah belaka Tidak ada yang susah, tidak ada masalah  Semuanya baik walaupun jelek,  sekalipun menyusahkan, tapi indah  Di masa itu kentutnya pun wangi,  peluhnya pun harum mengalahkan atar  Tapi setelah berkahwin, tidak sampai setahun,  tiga bulan sahaja, yang dahulu bukan masalah  sekarang masalah Dahulu yang busuk berbau harum,  sekarang yang harum berbau busuk  Sekalipun atar pilihannya yang dipakai  namun baunya menyakitkan Dahulu yang diminta perkara susah bukan masalah,  sekarang yang mudah satu kewajipan pula  dianggap masalah Dahulu cinta itu dirasakan sampai kesudah,  rupanya sebelum separuh jalan, punah  Dahulu ya...