Rupa-rupanya Ada Air Terjun Semula Jadi Di Puchong!!
Bila membaca Blog The Vocket, Pak Lang baru tahu ada satu kawasan rekreasi di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Setelah google, tempat itu hanya 16 minit sahaja daripada Rumah Amal Limpahan Kasih, Kg Seri Aman, Puchong. Menarik!! Melihat video di bawah, ternyata kawasan tersebut sangat bersih, 'suci' dan terpelihara. Khabarnya hutan simpan tersebut tidak mudah dimasuki. Perlu dapat kebenaran. Zaman sekarang, tidak ramai manusia yang menghargai alam sekitar yang bersih, nyaman dan indah. Ramai yang mementingkan diri (dalam jangka masa pendek). Mereka suka membuang sampah atau kotoran sewenang-wenangnya. Hakikatnya manusia yang berfikir dan insaf, akan sentiasa menjaga kebersihan persekitaran. Jika sayangkan anak cucu kita, pastikan kita kekalkan kesegaran udara dan kebersihan alam sekeliling kita. Jika kita mementingkan diri, anak cucu kita akan 'tenggelam' dalam kotor, busuk dan hanyir satu masa nanti. Saksikan video di bawah. Sekumpul...