Ramai Wanita Masuk Neraka Kerana Derhaka Dengan Suami
Seorang ibu separuh umur mendatangi Pak Lang ketika selesai majlis tahlil yang diadakan di (model) Perkampungan Rasulullah iaitu di Chalet Nur Muhammad Mekah. Di satu ruang yang agak selesa, si ibu bercerita, "Ustaz! Saya ada seorang kawan yang meminta tanyakan satu masalah dia kepada Ustaz . " "Masalah apa? C eritalah! Kalau mampu saya jawab, saya akan jelaskan." Ibu ini memandang orang yang lalu lalang di sekitar kami dan memperlahankan suaranya, "Kawan saya ni sangat sedih sebab dia rasa bersalah dengan suaminya. Tadi Ustaz cakap tentang dosa para isteri yang tidak pedulikan suami, dia terasa dirinya sangat bersalah dengan suaminya. Malangnya dia tidak dapat meminta ampun kerana si suami sudah meninggal dunia."