Masjidil Haram – Tragedi Berdarah 20 Nov 1979
Peristiwa penahanan Bonda Ummu Jah ar dan 94 orang yang lain di kalangan staf dan remaja GISB Mekah pada 26 April yang lalu sangat mengejutkan semua pihak yang mengenali GISB di seluruh dunia. Semuanya tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya. Cakap-cakap yang hanya mengagak-agak, hanya membuat spekulasi sempat mencemaskan masyarakat yang bersimpati dengan GISB. Walaubagaimanapun, setelah berlalu proses dan prosedur yang sewajarnya - setelah 45 hari - semuanya dibebaskan dan selamat sampai di tanah air. Kerajaan Saudi telah melayan Bonda Ummu Jah serta semua yang ditahan dengan sebaik-baiknya. Sebenarnya tidak ada apa yang perlu dicurigakan pada kewujudan GISB di Mekah dan Madinah. Ini terbukti bila penahanan dan soal siasat yang dijalankan, terbukti tidak ada asas untuk mencurigai aktiviti GISB di Haramain. Pihak keselamatan Saudi mendapat penjelasan yang sangat bermakna tentang keberadaan GISB di Saudi daripada Bonda Ummu Jah sendiri. Ianya jauh dari seba...