Mengajar Anak Berkomunikasi Dalam Bahasa Arab
Tips mengajar anak berbahasa arab ini sangat menarik. Marilah sama-sama kita praktikkan di sekolah dan di rumah kita. Banyak lagi bahan bermanfaat yang dipaparkan dalam blog http://cinta-rasul.blogspot.com ini : Tips untuk mengajar anak berkomunikasi dalam Bahasa Arab (Siri 1) بسم الله الرحمن الرحيم Ya ALLAH... sebenarnya malu sungguh nak bercerita tentang tajuk ini. Bagaimana saya mendidik anak berkomunikasi dalam Bahasa Arab. Kerana saya rasa bahawa saya masih belum berjaya lagi sepenuhnya. Perjalanan masih jauh lagi... Tapi atas niat ingin berkongsi manfaat, meninggikan semangat masyarakat luar dalam mendidik anak2 cintakan bahasa Al-Quran, InsyaALLAH saya cuba kongsikan sebaik mungkin InsyaALLAH Entri ini juga adalah untuk menjawab soalan Ummu Muhammad tentang bagaimana nak mendidik anak berbahasa Arab bagi ibu bapa yang tidak kuasai dalam Bahasa Arab. InsyaALLAH saya akan cuba menjawab soalan tersebut dengan izin ALLAH. Bagi saya, kanak2 boleh bercakap apa saja bahasa y...