Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK - KHAIRY JAMALUDDIN

Siapa Timbalan Perdana Menteri Selepas Ini?

Imej
Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berpeluang menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Datuk Seri Najib Razak berundur sebelum pilihan raya umum akan datang. Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, situasi ini akan berlaku sekiranya Najib menyerahkan kepimpinan negara kepada sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini merupakan menteri pertahanan. "Kalau dengan takdir Mohd Najib terpaksa berundur sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang, pasangan (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dan (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi adalah alternatif yang logik," tulis Kadir dalam artikel bertajuk "Isu Kepemimpinan: Memperkatakan Khairy Jamaluddin" dalam blognya "The Scribe A Kadir Jasin", hari ini. "Tetapi kalau Muhyiddin terus penat dan menderita sindrom timbalan perdana menteri maka jawatan PM mungkin jatuh ke tangan Hishammudin Hussein dan dalam situ...