Perasmian Fried Chicken House (FCH) Di Seksyen 7, Shah Alam pada 6 Julai 2013
Malam tadi Pak Lang hadir ke Seksyen 7, Shah Alam bagi menghadiri majlis perasmian Fried Chicken House (FCH). FCH merupakan sebuah restoran ala-KFC yang berkonsepkan halal, lazat dan segar. Rekabentuknya dikekalkan seperti asal walaupun ianya diambil alih oleh pengurusan baru. FCH mempunyai kelengkapan peralatan yang canggih bernilai lebih sejuta ringgit. Ianya siap dengan bilik sejuk khas untuk memastikan kesegaran dan kualiti barangan basah yang disimpan. Sebahagian peralatan berteknologi tinggi dengan sistem komputer yang berupaya menghasilkan masakan cepat tapi berkualiti. FCH mempunyai 24 orang petugas yang bekerja mengikut syif. Setiap syif melibatkan seramai 12 orang pekerja. Secara umum, semua menu dan resepinya memang menarik dan tersendiri serta lazat pula. Ayam gorengnya lazat dan rangup dengan rasa sosnya yang 'sampai menjilat jari'!! Ada pula menu istimewa iaitu Nasi Mandy (kambing) - masakan popular di Mekah dan Madinah bagi mereka yang pernah mengerjaka...