Haruan Makan Anak, Datuk Rogol Cucu Apa Puncanya?
Pak Lang teringat orang-orang tua di kampung yang tidur berasingan suami isteri!! Untuk anak cucu dan remaja janganlah tidak mahu membaca paparan ini. Ada banyak hal yang anda semua kena tahu tentang golongan tua. Paling tidak anda juga akan tua satu masa nanti. Anda patut tahu perkara sebegini kerana anda pasti ada datuk dan nenek atau saudara mara yang dekat yang sudah berumur. Kita semua selalu mendapat cerita datuk rogol cucu, haruan makan anak dan sebagainya! Nah! inilah puncanya. Masyarakat Melayu sangat pemalu dan selalu menyebut. "Apa orang kata!" Jadi kebanyakan suami isteri yang berumur lanjut atau berusia emas memilih memendam rasa, tidur berasingan. Nenek di dalam bilik, datuk di katil 'singgle' di mana-mana ruangan pun. Mereka malu untuk dilihat tidur bersama. Apatah lagi jika ada cucu cilik yang suka mengusik, "Kenapa atuk dan nenek tidur sama-sama macam abah dan emak. datuk kan sudah tua.....!!" Apa-apa pun situasi ini biasanya be...