YKPPM Menghantar Sukarelawan Untuk Membantu Mangsa Banjir Di Pantai Timur
Yayasan Kebajikan Dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) hari ini menghantar sukarelawannya seramai 50 orang ke Pahang. Mereka bertolak dari Bandar Country Homes, Rawang pada malam tadi. Selebihnya adalah mereka yang sedia ada di negeri Pahang. Tujuan penghantaran sukarelawan ini ialah untuk membantu seramai mungkin mangsa banjir terutama penduduk yang tercicir dari menerima bantuan. Kemungkinannya memang ada terutama penduduk luar bandar yang hidup jauh di pedalaman. Ketika banjir berlaku, ada yang hanya diselamatkan atau dipindahkan di saat akhir. Pasukan bantuan pastinya berusaha membantu mangsa yang berdekatan dengan jalan utama atau bandar utama terlebih dahulu. Kita yakin kerajaan negeri dan persekutuan melalui jabatan dan agensi yang berkaitan telah dan akan memberikan khidmat yang terbaik kepada semua mangsa banjir - tanpa mengira latar belakang pegangan agama atau politik. Setakat ini - menurut lapuran media, semua usaha membantu mangsa banjir berjal...