Tragedi Pegawai Bank Ditembak - Media Sosial Menjadikan Manusia Semakin Hilang Kemanusiaannya
Tragedi pegawai bank, Norazita Abu Talib yang ditembak dengan kejam oleh seorang pengawal keselamatan dengan tujuan merompak bank tersebut memanglah meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluargnya, terutama suami dan anak-anaknya yang masih kecil tetapi kesedihan mereka tambah berganda lagi apabila didapati gambarnya yang terbaring tanpa nyawa dalam keadaan menyayat hati turut tersebar di media-media sosial tidak lama selepas itu. Berleluasanya penyebaran gambar itu sehingga memaksa suaminya memohon jasa baik orangramai agar memadam semua gambar itu dan tidak lagi berkongsi gambar tersebut dengan rakan-rakan yang lain dengan gesaan agar kesedihan yang sedang mereka tanggung dapat difahami. Penyebaran gambar itu menimbulkan persoalan bahawa sementara kita bersedih dan mengutuk kejadian yang sangat kejam itu, namun ada manusia lain yang gembira menjadi wartawan tanpa tauliah dengan menyebarkan-luaskan berita serta gambar mengenai kejadian itu. Jika hanya gambar perompak yang be...