Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BLOG A KADIR JASIN

Kedudukan Mohd Najib Makin Kukuh

Imej
Friday, August 01, 2014 A Kadir Jasin ( KREDIT UNTUK BLOG KADIRJASIN )   DUA peristiwa mencetuskan keinginan saya untuk menulis kupasan yang agak panjang ini. Pertama, apabila saya terserempak seorang bekas profesor ekonomi berketurunan India sebuah universiti awam di sebuah kedai kopi pada hari raya kedua. Kedua, hujah bekas menteri undang-undang, Mohd Zaid Ibrahim, dan Ahli Dewan Rakyat DAP Kluang, Liew Chin Tong, bahawa (Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah pemimpin yang lebih kuat daripada Mohd Najib Abdul Razak. Mohd Najib lebih kuat daripada Abdullah di segi politik Dalam peristiwa pertama, saya terperanjat melihat wajah cendekiawan akademik itu. Beliau muram dan murung duduk berseorangan. Saya bertanya adakah dia sakit atau kurang sihat? Katanya, dia tidak ada masalah kesihatan, tetapi jiwanya kacau melihat apa yang berlaku di Malaysia pada akhir-akhir ini dan menambah bahawa Malaysia nampak seolah-olah tanpa kepemimpinan serta berkemungkinan meledak. Saya katakan, M...