Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEMASYARAKATAN

Kisah Masyarakat - Jenazah Tidak Mahu Diuruskan Oleh Imam

Semalam (18 April 2016), jam 8.15 pagi, ayah saya telah pulang ke rahmatullah. Selesai urusan di hospital, saya pulang ke rumah ibu di kampung Rem***, Alor Gajah, Melaka. saya ingin mencari penggali kubur dan imam di masjid bersebelahan rumah untuk urusan seterusnya. Jenazah ayah dimandikan dan dikapankan di hospital Melaka. Jadi, pakcik saya telah berjumpa dengan AJK Masjid Rem*** dan memberitahu hajat kami. Tetapi, amat mengejutkan dan mengecewakan apabila mendengar jawapan AJK masjid itu.  "Orang ini (arwah ayah) sepatutnya tidak perlu diuruskan oleh orang kampung. Sepatutnya diboikot oleh semua orang kampung kerana tidak pernah pergi ke masjid," katanya.  Saya amat terkejut mendengar hal ini, lalu pakcik saya menjawab, "Arwah telah sakit selama setahun. Di rumah hanya ada isteri dan anak perempuan arwah. Itu pun jarang berada di rumah kerana menjaga arwah di hospital,".  Dengan muka yang sinis, dia mengangkat kaki dan beredar. Saya memberit...

3,000 Tan Metrik Makanan Yang Boleh Dimakan Dan Belum Disentuh Terbuang Setiap Hari!!!!

Imej
Jumlah pembaziran di Malaysia bersamaan tiga kali hidangan seorang sehari bagi mengenyangkan setengah juta penduduk, kata Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi). — Foto Malay Mail PETALING JAYA, 12 Mac — Hidangan bufet, selalunya di hotel, penyebab utama pembaziran makanan di negara ini, kata syarikat pengurusan sisa pepejal SWCorp. Kira-kira 3,000 tan metrik makanan yang boleh dimakan dan belum disentuh terbuang setiap hari, lapor akhbar The Malay Mail hari ini. Timbalan ketua pegawai eksekutif SWCorp Dr Mohd Pauze Mohamad Taha semalam berkata orang ramai suka mengambil banyak tetapi tidak mampu menghabiskannya. “Bufet di Malaysia beri macam-macam pilihan, menyebabkan pelanggan mengambil banyak daripada apa yang mereka boleh makan. Keadaan ini paling teruk pada bulan Ramadan,” katanya. Kajian syarikat itu terhadap sisa buangan mendapati banyak makanan masak di tempat pembuangan sampah. “Banyak makanan dan kelihatannya masih boleh dima...

Kes Di Putrajaya - Kaki Tarik Kereta Akan Tipu Macam-Macam Jika Anda Tak Faham

Imej
Dari FB Pn. Adilla Rashid : Salam warga Putrajaya.. Semalam (15/1/16) tengahari sy dgn husband nk g amik anak kat presint 5..sekolah kt sana..tetiba husband perasan yg kereta kami diekori..x sedap hati dia wt u turn byk kali still kereta tu ikut..tetiba dia overtake kitorg and minta stop..ms tu kt depan sekolah presint 5 tu.. Apa yg kami perasan kereta proton saga plat no BKA 8550..ada 4 indian..kata nak tarik kereta kami.  Dorg dh gertak2 minta kami keluar kereta tp sbb ada anak2 mmg kereta kami dilock sentiasa..sy minta surat bank tp xde katanya..bank call minta ambil je kereta tu.sy terus call polis..semasa tgu polis tu dorg ugut2 lg..tunjuk sy kad kuasa tp apa yg sy perasan kad tu dh expired..sy amik phone n amik gambar dia..marah betul dia..nak tercabut pintu kereta.. Polis call sy balik kata dh di area sy tu..trus mereka ni cabut lari naik kereta..polis sampai tp dorg lari. Polis ambil report dan minta hati2 juga..kata ada gak kes cmni berlaku.. ...

Tawaran Kereta Terpakai Percuma Untuk Empat Beranak Bermotosikal Balik Kampung

Imej
Sejak seminggu yang lepas ramai yang tersentuh dengan gambar seorang ayah yang  membawa 3 orang anaknya menaiki motosikal  untuk pulang beraya di Penang.  Gambar tersebut membuatkan  ramai yang bersyukur dengan apa yang mereka ada sekarang..  Selama ni asyik merungut saja.. Itu tak cukup ini tak cukup rupa-rupa masih ada  yang lebih susah dari kita.. sekurang2 nya kita balik kampung naik kereta,naik bas,naik kapal terbang.. Tapi bagi 4 beranak ni mereka hanya menaiki motorsikal  untuk perjalanan beratus kilometer. Tapi kan..bagus nya rakyat Malaysia ni tak kedekut kalau setakat nak menderma  dan membantu orang yang kurang berkemampuan.. tak banyak sikit pun,nak jugak hulurkan bantuan.. macam baru2 ni saya terbaca kat facebook sorang abang ni tahan motorsikal bapa 3 anak ni. s ebab nak bagi duit raya pada anak2 ini kemudian ada beberapa individu dikatakan berniat nak memberi  kereta terpakai yang sudah tidak digu...

Wanita Cina Beragama Budha Kutip Dan Bela Anak Melayu Yang Dijumpa Dalam Tong Sampah!!

Imej
Sedang duduk di pejabat pertanyaan, datang seorang perempuan tua berbangsa Cina berumur 60 tahun bersama dengan dua orang kanak-kanak lelaki. Saya hairan kerana kanak-kanak tersebut memanggil wanita tua itu 'mummy'. Hairan, kedua-dua kanak-kanak itu langsung tiada iras-iras wajah berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun bertanya kepada wanita itu. "Aunty, budak dua orang ini siapa?" "Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya. Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak. Manakala Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga," katanya. Saya pun tergamam seketika.  "Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama mereka, Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan. Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan ya...

Bas Menggunakan Bahan Bakar Dari Najis Manusia Beroperasi Hari Ini.

Imej
Bas berbahan bakar kotoran manusia. ©Mirror.co.uk Bristol, UK: Sekilas bas berwarna putih ini nampak tak ada bezanya denganbas lain. Bus mengandungi 40 kerusi ini benar-benar kelihatan biasa sahaja. Namun bas ini ternyata memakai bahan bakar yang sangat alami: Kotoran (najis) manusia dan makanan sisa adalah bahan bakar bio-bas penghubung Bathdan bandar udara Bristol ini. Bas ini baru mula beroperasi hari ini, seperti yang dilaporkan oleh akhbarDaily Mirror, Khamis (20/11). Bas ini dikeluarkan oleh GENeco, sebuah syarikat pengeluar bahan bakar gas. Gas yang dihasilkan, dihasilkan ditempat pembuangan kotoran di Bristol, United Kingdom. Pengurus syarikat ini, Mohammed Saddiq mengatakan bio-bas ini diperuntukkan penduduk tempatan di sana. Ia berkata gas yang dipakai sebagai bahan bakar diambil dari najis manusia dan makanan sisa yang tidak lagi digunakan oleh manusia. Bio-bas ini dipercayai merupakan cara tepat bagi bahan bakar awam kerana dapat memperbaiki kualit...