Bom Di B/Bintang: Kaji Semula Pusat Hiburan Jadi Pusat Maksiat..
Posted by Ibnu Hasyim ANAK panah menunjukkan arah suspek membaling dua butir bom tangan ke arah pemandu Toyota Vellfire di hadapan sebuah pusat hiburan di Sun Complex, Bukit Bintang semalam Ibnu Hasyim KUALA LUMPUR – Kerajaan diseru kaji semula kegiatan pusat hiburan yang lari dari matlamat hiburan asal untuk ketenangan bertukar menjadi pusat maksiat atau sarang yang melahirkan pelbagai kegiatan jenayah. Demikian dinyatakan editor weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim di sini sebentar tadi. Kenyataan ini dibuat berikutan seorang joki kereta lelaki maut selepas terkena letupan sebutir bom tangan yang disasarkan pada salah seorang pengunjung pusat hiburan Cherry Blossom di bangunan Sun Complex, Bukit Bintang di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian pukul 4.25 pagi itu, mangsa, Tiong Kwang Yie, 36, yang berasal di Sibu, Sarawak maut pada pukul 10.20 pagi semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Seramai 12 pengunjung pusat hiburan tersebut turu...