Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel REZEKI

Mudahnya Menjemput Rezeki

Imej
Assalamualaikum w.b.t . Semoga memberi menafaat kpd kita.. Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.  Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih "Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki"yg dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN. Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.  Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak usaha untuk menjemput rezeki. 1. Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah tmbh rakaat..makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi a...

Buku ASB hilang 2011 ditemui semula 2015 & hasilnya amat mengejutkan

Imej
Menabung dan menyimpan wang adalah kaedah mudah membina bisnes dan perancangan masa depan remaja. Siapa sahaja yang ada wang simpanan, akan tahu menghargai rezeki dari Allah.  Duit yang dibelanjakan tidak akan kembali bahkan menarik duit lain untuk segera keluar dari poket. Sebaliknya duit yang disimpan (jangan lupakan sedekah), akan menarik duit lain yang banyak untuk masuk dalam akaun kita. Duit suka masuk dalam akaun orang yang pemurah dan berhati mulia.  2015 - RM17,234.75 Lelaki ini mendakwa Buku ASBnya hilang pada tahun 2011 namun ditemui semula pada tahun 2015 & hasilnya amat mengejutkan! Baca lagi: 4 tahun lepas, berbekalkan sebuah motor kapcai 125ZR di zaman rempit huha-huha, aku menuju ke Dataran Maybank, Bangsar. Kemudian disapa seorang akak di kaunter bank ni untuk join benda yang aku tak pernah ambil tahu langsung ketika itu. Ye la masa tu rambut pun ada ekor siap warna perang lagi. Sejak dari tu memang tak pernah update atau ambil tahu...

Punca Rezeki Susah Nak Masuk

Imej
PUNCA REZEKI SUSAH NAK MASUK | Ramai yang asyik mengeluh kenapa rezeki begitu payah nak masuk. Jom kita baca antara punca yang menyebabkan rezeki payah nak masuk. Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK: 1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian 2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini. 3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit 4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik 5. Riak bila bersedekah 6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran 7. Tidak/kurang beristighfar 8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh Nota: Rezeki bukan sahajadalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain. Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yang melimpah ruah. Tapi ketahuilah itu nikmat yang paling azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam. ✔ Yang dah baca harap dapat share di wall masing2.. setidak-tidak...