Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KETULUSAN DAN KETELUSAN HATI

Apa Yang Patut Dibuat Bila Terjumpa Barang Berharga di Tanah Suci Atau Di Mana Saja

Sepanjang mengendalikan jemaah umrah di tanah suci Mekah ini, Pak Lang bertemu dengan ramai insan yang berbagai ragam. Menariknya kerana dapat berjumpa dengan saudara mara dari Kedah, Perak atau Kelantan. Secara kebetulan mereka berada dalam pakej yang kami kendalikan. Apabila sudah berhari-hari bersama mereka, ramailah yang mendekati kami bertanyakan masalah, kemusykilan hukum hakam dan panduan kehidupan.  Paparan ini, Pak Lang bawakan satu kisah menarik untuk diambil iktibar.  Ada seorang Pak Cik, menceritakan pengalamannya diuji Tuhan dengan peristiwa yang tidak dialami sebelum ini. Ketika baru turun dari hotel, hendak menuju ke MasjidilHaram bagi menunaikan solat Maghrib, entah bagaimana dia terpandang 'sesuatu' di bawah sebuah kereta. 'Benda' itu berupa seketul berbentuk empat persegi bujur yang tebal. Mungkin lebih dari 5 inci tebalnya.  Pak Cik ini pun bertinggung di tepi kereta tersebut. Benda itu hanya berada sejengkal dari luar. Terletak hampir denga...