Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MAULID RASUL 1435 HIJRAH

Sambutan Maulid Rasul Saw. GISB / YKPPM Di Bandar Country Homes, Rawang.

Seluruh umat Islam di seluruh dunia - pada hari ini - mengadakan majlis sambutan Maulid Rasul Saw. Berbagai acara dan aktiviti yang dijalankan. Semuanya bertitik tolak dari rasa mahu membesarkan Rasulullah saw sebagai sesempurna manusia. Insan yang Tuhan hantar ke muka bumi sebagai penyudah para Nabi yang jumlahnya 124,000 orang itu.  Baginda adalah Nabi dan Rasul terakhir. Baginda wafat meninggalkan lebih 120,000 orang sahabat. Jumlah ini tidak termasuk para tabiin iaitu dari kalangan mereka yang sempat beriman ketika Baginda saw. masih hidup tetapi tidak berkesempatan bertemu dengan Rasul yang tercinta. Mereka tidak dinamakan sahabat tetapi tabiin iaitu generasi yang kemudian selepas generasi sahabat. Yang masyhur di kalangan mereka ialah Uwais Al-Qarni. Umat Baginda terlalu ramai berbanding umat Nabi dan Rasul yang lain. Tetapi Baginda menangisi umatnya di hari kewafatan Baginda kerana mengenangkan umat yang akan ditinggalkan. Bagaimanakah mereka dapat terus mengamalkan a...