Kenapa Huruf Pada Papan Kekunci (Keyboard) Tidak Teratur?
Papan kekunci atau “keyboard” adalah tidak asing lagi sejak komputer telah diperkenalkan. Kalau dulu mungkin hanya di pejabat-pejabat, tetapi kini samada di universiti, di sekolah dan juga di rumah, papan kekunci amat diperlukan. Malah, di setiap telefon juga perlukan papan kekunci. Tetapi, kenapa ya? susunan huruf-huruf pada papan kekunci disusun tidak teratur sedemikian rupa? Papan kekunci muncul pertama kalinya masih dalam bentuk mesin taip pada tahun 1868. Ia diperkenalkan oleh Christopher Latham Sholes. Mesin taip ini masih diperingkat asas, masih menggunakan tangkai-tangkai besi untuk mencetak huruf pada kertas putih. Ketika ia mula dicipta, susunannya masih mengikut turutan abjad ABCD. Ia memudahkan pengguna mencari huruf dan mengeja. Kerana terlalu mudah, para pengguna sangat cekap menggunakannya. Tetapi, itu bukanlah sesuatu yang bagus kerana tangkai-tangkai besi untuk mencetak huruf seringkali tersangkut antara satu dan lain kerana bergerakan yang sa...