Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MATAHATI

Apakah Nasihat Untuk Orang Yang Sedang Diuji Dengan Poligami?

Ada seseorang yang sedang merasakan dia dalam ujian berat. Suaminya berpoligami. Maksudnya bernikah dengan seseorang yang lebih muda dan cantik dari dirinya. Ertinya sisuami sudah mempunyai dua isteri termasuk dirinya. Pedihnya hati dapat kita bayangkan. Dunia dikira sudah kiamat. Alam sudah jadi gelap gelita. Mendung dilangit kehidupannya sudah tidak pernah akan ada cahaya matahari.  Seluruh makhluk yang ada di sekelilingnya dirasakan sedang mengejek-ngejek dirinya. Itulah kesakitan yang ditanggung.   Apa nasihat yang boleh diberikan?  Nasihat untuk orang sepertinya adalah sama nasihat untuk diri kita sendiri. Manusia sentiasa diuji. itulah lambang kasih sayang Allah - untuk menginsafkan hambanya.  Kehidupan dunia adalah suatu yang sangat melalaikan. Hanya  kematian yang akan dapat melumpuhkan ingatan terhadap kelazatan dunia. Kecintaan pada dunia akan mudah terhapus sebaik mati menjelma di depan mata.  Orang yang akan mati akan meraung men...

Seorang Pencuri Di Pandangan Mata Hati Seorang Sufi

Imej
Al Kisah, seorang sufi mendapati seorang pencuri telah mati dalam keadaan mencuri di suatu rumah. Dengan penuh penghargaan sang sufi tersebut membacakan surah al-fatihah yang dihadiahkannya terhadap si mayat lalu berkata “sungguh luar biasa pencuri ini, pencuri ini telah melakukan tugasnya dengan baik, sangat berani sampai rela mengorbankan nyawanya”. Ahli sufi itu membayangkan bagaimana sipencuri itu begitu berhati-hati dan teliti dalam melakukan tugasnya. Hingga dari kejadian itu dapat diambil pelajaran bahawa, orang yang paling teliti dalam kehidupan ini adalah seorang pencuri. Bagaimana? Jawapannya, kerana jauh di malam hari, sipencuri telah mengintai sang korban. Dan dengan jangkaan masa yang baik, sipencuri melakukan aksinya.  Dengan sangat berhati-hati dan licik, sipencuri berjaya memasuki rumah korban pukul 1 pagi ketika pemilik rumah sudah tidur dan dia mesti segera mendapatkan apa yang mahu dicurinya dan perlu keluar secepat mungkin. Deadlinenya tidak boleh ...

Indah Yang Hakiki

Seandainya dunia tanpa warna Seandainya dunia tanpa warna, apakah dunia ini tetap terlihat indah.... Ada orang mengatakan dunia tanpa warna tiada lagi keindahan untuk dipuja pada setiap mata yang memandang. Ya...benar, menurut kaca mata... Ada orang pula menyatakan dunia tanpa warna tetap kelihatan indah. Indah bukan lahir dari bebola mata tetapi dari mata hati. Ya...benar, menurut dari pandangan hati.  Bagiku keindahan yang terwujud di sebalik diri manusia lebih indah dari segala keindahan di luar sana. Namun tidak ramai yang mahu menerokai keindahan yang terdasar di dalam diri. Maka kerana itu ramai manusia memuja keindahan hanya setelah melihat kecantikan yang terpupuk di mata tetapi hatinya tidak memuji dan memuja kepada Tuan Empunya Segala Keindahan. Lantaran itu kita tertipu, tertipu pada keindahan yang sepatutnya kita melihat 'disebalik' keindahan.  Apabila pandangan tertuju disebalik keindahan maka yang diluarnya samada indah atau tida...