Kemuliaan Hanyalah Pada Taqwa!! - Pilihlah Penilaian Tuhan Berbanding Penilaian Manusia
Nilai dan harga diri seseorang insan itu berada pada hatinya. Itulah penilaian Tuhan. Manusia ramai menilai mulia atau hina berdasarkan penampilan lahir. Walaupun ianya tidak betul, tetapi secara tidak sedar, ramai yang menerima ini semua seolah-olah itulah hakikat sebenar. Justeru - walaupun ulama besar - sebagai contoh, tetaplah tidak berupaya memilih simiskin yang bertaqwa untuk dijadikan menantu!! Alasan mereka berbagai - sesuai dengan nas Quran/Hadis yang mereka hafal. Sedangkan semulia-mulia insan di sisi Tuhan adalah mereka yang bertaqwa. Tetapi berapa orang ulama yang mampu memilih simiskin yang bertaqwa sebagai menantu? Kenyataannya mereka cenderung melihat kekayaan, pangkat-jawatan, keselesaan hidup bahkan kemasyhuran sebagai asas memilih pasangan hidup anak mereka. Demikianlah sukarnya menilai manusia apatah lagi diakhir zaman, umat Islam rata-rata sudah rosak cara berfikir dan berperasaan. Taqwa adalah suatu yang sangat jelas dis...