Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENEROKA FELDA - PANDUAN MEMILIH

Kisah Peneroka Felda Menyesal Tidak Sudah - Panduan Memilih - Kesannya Jika Tersilap Pilih!!

Imej
  Kepada anak cucu dan remaja yang dikasihi! Tulisan ini Pak Lang tujukan kepada anak cucu yang tidak sempat tahu tentang 'perjuangan' datuk nenek kalian di Felda Guar Napai. Maklumlah balik Guar Napai setahun dua tiga kali sahaja. Ada banyak cerita dan kisah derita datuk nenek yang perlu kalian tahu bahkan memahaminya. Mahalnya pengalaman kesusahan untuk sesiapa yang mahu membina jiwa yang kuat. Inilah yang perlu diketahui kerana datuk nenek kalian sarat dengan pengalaman hidup suka, duka, susah dan senang.   Ada satu hal yang perlu Pak Lang sembangkan hari ini. Berdasarkan pengalaman Pak Lang dan orang-orang yang seusia dengan Pak Lang, ada perkara yang perlu diberi perhatian dalam hidup. Perkara ini ada kaitan dengan kemahiran membuat keputusan dan menetapkan pendirian. Dalam banyak situasi - dalam menempuh kehidupan, kita akan terdesak untuk membuat pilihan. Proses memilih jadi sukar bila hal-hal yang hendak dipilih itu dilihat mempunyai kelebihan tersendir...