Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BISNES ORANG KITA

Zainudin Maidin Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Buka Cafe Di Putrajaya

Imej
Sesiapa juga yang pernah mengunjungi Zam Newsroom Cafe di Ayer@8 Putrajaya akan dapat merasakan kelainannya. Ia tidak sekadarkan cafe biasa tetapi membuatkan anda merasakan suasana dan roh keilmuan dan kewartawanan tanah air sejak berdekad. Inilah yang meresapi jiwa saya sebaik sahaja memasukinya dan berhadapan dengan latarbelakangnya gambar besar para pemberita sebok berkerja dengan menggunakan typewriter yang sekali gus menggambarkan zaman lalu di sebuah Jabatan Pengarang akhbar. Cafe ini yang dibuka sejak dua tahun lalu adalah ibarat gallery pemiliknya Zainuddin Maidin (ZAM) yang telah berkecimpong di dunia kewartawanan lebih 40 tahun. Dipamerkan typewriternya yang pertama yang digunakan sebagai wartawan sambilan Utusan Melayu di Alor Setar sejak tahun 50 an dan juga typwriter terakhirnya yang digunakan sehingga berakhir tugasnya sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu pada 1 November 1992. Juga terdapat sudu-sudu yang dikumpulnya dalan pengembaraan ke selur...

Kisah Kak Lina Peniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Jana Pendapatan RM3500 Sebulan

Imej
Pada asalnya wanita yang dikenali sebagai Kak Lina ini hanya bekerja makan gaji tetapi mengambil keputusan berani hanya menjual nasi lemak ditepi jalan. Seorang wanita yang tinggal berdekatan dengan tempat perniagaan Kak Lina ini berkongsi kisah bagaimana dia boleh menjana pendapat sehingga RM3500 sebulan! Alahai, yang peliknya ia bukan masakan daripada air tangan Kak Lina sendiri. Nak tahu macam mana? Jom kita ikuti kisah ini. Hanya Bekerja 5 Jam Sehari KISAH KAK LINA. Berpendapatan RM3500 sebulan tanpa masak nasi lemak! Hanya bekerja 5 jam sehari. Kak lina berniaga nasi lemak di depan rumah saya hampir 5 tahun lalu. Dia pernah bekerja makan gaji tetapi sekarang dia mengambil keputusan berani menjual nasi di tepi jalan. Yang bestnya, nasi lemak dan segala mala lauk yang diniagakan adalah bukan dimasak sendiri. Rupa rupanya, dia mengambil semua dari kakaknya yang mempunyai warung nasi lemak. Kuih muih diambil daripada homebaker. Siapa kata na...

Kisah Rahsia Bisnes Gagal

Seorang kawan yang berniaga restoran mengeluh pada Pak Lang.  "Susahlah nak cari makan sekarang, semua barang naik harga!"  "Kamu sudah berapa tahun berniaga?" Tanya Pak Lang. "Dah lima tahun, tapi bisnes saya macam tu saja. Tak boleh pergi jauh. Sekarang barang pula semua mahal. Margin untung makin sikit. Nak naikkan harga dah tak boleh. Habis macamana nak kaya?" Rungutannya lebih panjang. Luahan hatinya sebegitu mungkin dapat mengurangkan tekanan jiwanya. "Berapa jualan kamu sebulan?" "Tahun lepas 2014 sudah mula merosot, sebelum tu ok la juga" "Jadi berapa jualan 2013 dan 2014?  "2013 dapat cecah sebulan RM50k. Tapi 2014 sudah jatuh banyak. Hampir separuh merosot. Hanya RM27k. 2015 ni baru nak masuk 2 bulan sudah kelihatan makin teruk. harian sudah bawah RM700.00. Tu la! Saya nak tanya Ustaz, macamana nak buat?" Wah! Dia tanya Pak Lang pula! Apapun, masa bersembang dengannya itu, dapat...

Bacalah Berita Cendol Bakar Turun Harga

Imej
Cendol Bakar turun harga ARZIANA MOHAMAD AZAMAN 12 Oktober 2014 Kain rentang yang dipasang di hadapan premis menarik perhatian ramai. DALAM pada rakyat berdepan kenaikan harga minyak, Cendol Bakar telah melakukan satu perubahan drastik iaitu menurunkan harga 20 sen, sebagai salah satu kelainan terbaru yang ditawarkan untuk pelanggannya. Promosi potongan harga 20 sen untuk semangkuk cendol dari RM2 menjadi RM1.80 itu diberikan kepada semua pelanggan sehingga 30 Oktober ini melalui kain rentang yang dipasang di hadapan premis yang cukup popular di Kuala Selangor. Lebih menarik, cendol dengan pelbagai jenis perisa itu turut diberikan secara percuma kepada golongan fakir miskin dengan hanya menunjukkan kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kaunter. Tinjauan Sinar Harian mendapati, lokasi premis jualan Cendol Bakar yang terletak di persimpangan berhampiran Assam Jawa itu cukup sesak dipenuhi orang ramai lebih-lebih pada hujung minggu sehingga terpaksa meng...