Kisah Ajaib - Bantuan Allah Untuk Tentera Al-Qassam
Subahanallah!!! (cakna Palestin : 23 Mujahid Al-Qassam terselamat dari runtuhan terowong setelah 13 hari terperangkap) Satu kejadian yang tidak disangka berlaku apabila sekumpulan mujahidin dari pergerakan Al-qassam seramai 23 masih hidup walaupun terperangkap selama 13 hari disalah sebuah terewong yang menyeberangi sempadan Gaza dan Israel untuk menyerang askar Zionis Israel. Peristiwa ini adalah salah satu daripada kisah-kisah yang menceritakan tentang karamat Allah S.w.t kepada hamba-hambanya yang berjuang di jalan-NYA. Salah seorang daripada Mujahid Al-Qassam memberitahu bahawa, Peristiwa ini berlaku apabila jalan keluar dan masuk salah satu terowong ini dimusnahkan oleh tentera Zionis Israel dan menyebabkan mereka iaitu 23 orang Mujahidin ini terperangkap di dalamnya. Kedalaman terowong bawah tanah itu dipercayai sedalam 25 meter dari permukaan tanah. Wakil bilik gerakan pergerakan Al-Qassam memberitahu bahawa, sejak hari pertama mereka dihantar untuk melakukan serangan keat...