Bocor Kertas UPSR Memalukan Negara!!
Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku kebocoran kertas UPSR memalukan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider. Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengatakan insiden kebocoran kertas Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) yang berlaku amat menjejaskan pendidikan negara. Timbalan perdana menteri itu mengakui, ia merupakan perkara yang tidak dapat diterima memandangkan pendidikan di Malaysia diiktiraf antara yang terbaik di dunia. "Ia satu kejadian yang memalukan, hal ini masih berlaku selepas sekian lama kita mewujudkan kementerian pendidikan yang terbaik di dunia," katanya semasa berucap di Majlis Persidangan Tritahunan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPPK) di Genting Highland, Pahang hari semalam. __________________________ 'Seseorang' telah menulis mengenai hal kebocoran kertas soalan di Malaysia. Cila baca: Petang tadi anak saya yang kelapan bertanya: “pa betul ke soalan sains bocor, Shira dengar kawan-kaw...