Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TITANIC

10 Fakta Yang Ramai Tidak Tahu Tentang Kapal Titanic

Imej
Tanggal 14 April merupakan salah satu tarikh yang akan kekal dalam lipatan sejarah dunia. Pada tarikh ini pada tahun 1912, pada jam 11.40 malam, kapal RMS Titanic melanggar ketulan ais besar di Lautan Atlantik sebelum tenggelam kira-kira 2 jam selepas itu. Kejadian menyayat hati ini mengorbankan nyawa kira-kira 1,517 penumpang dan anak kapal. Sebagai memperingati tragedi ini, memetik entri yang dimuatnaik dari sebuah portal [ Disini ], jom lihat 10 fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang Titanic dan malapetaka dahsyat ini. 1. Latihan keselamatan bersama bot keselamatan dibatalkan Semua orang tahu bahawa Titanic tidak membawa bot keselamatan yang mencukupi, tetapi ramai yang tidak tahu pada pagi hari kejadian, penumpang dan krew Titanic sepatutnya mengadakan latihan kecemasan bersama bot keselamatan. Ia bagaimanapun dibatalkan, dan ramai percaya jika latihan itu dilakukan, ia boleh menyelamatkan lebih ramai nyawa. 2. Hanya 37 saat Ketika pengawal peninja...