Harapan Kepada Lembaga Zakat - Belalah Dengan Sepenuh hati, Menangislah Jika Belum Mampu Membantu
Semalam, Pak Lang menerima panggilan telipon dari seorang ibu tunggal. Dia tinggal sebatang kara di Kuala Lumpur setelah suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya 2 tahun yang lalu. Keluarganya masih ada di Ipoh tetapi dia bertekad untuk terus mencari rezeki di Kuala Lumpur berikutan sudah ada rumah PPRT yang didudukinya sejak suaminya masih ada. Dia menceritakan masalahnya yang sedang sakit jantung. Dia perlu berulang alik ke hospital Selayang setiap minggu. Tambang teksi dari rumahnya di Kepong ke hospital sudah mencecah RM50.00 pergi balik. Ibu tunggal ini hanya bekerja membuat kueh dan meletakkannya di kedai-kedai makan yang terdapat di bahagian bawah bangunan flat PPRT itu. Dia tidak boleh bekerja di tempat lain kerana terpaksa menjaga anaknya berusia 8 tahun yang berpenyakit lelah. Walaupun dia juga mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin tetapi anaknya itu tidak mampu membantunya dari sudut wang ringgit. Mereka suami is...