Kisah Di Surau Masai 2 (Zamani SLAM?)
Ini adalah kisah seorang anak kecil berusia 13 tahun yang boleh diteladani. Anak-anak dan remaja GISB yang dididik dengan jiwa perjuangan kena baca kisah-kisah sebegini untuk melihat dunia luar yang pelbagai ragam. Semoga ada banyak perkara yang dapat diambil iktibar! Bacalah!! KLIK UNTUK SUMBER Maghrib semalam adalah kali ketiga aku bersolat di Surau di Hentian Bas Masai. Pakcik yang aku cerita hari tu pun masih ada di situ. Tapi kali ini aku tidak bercadang untuk menceritakan tentang pakcik tu. Ada insan lain yang ingin aku ceritakan. Aku sampai di surau tu semalam mereka sudah pun solat di rakaat kedua berimamkan pakcik yang aku ceritakan hari itu. Semalam ada seorang makmum cilik yang berseorangan di saf kedua. Selesai ambil wudu’ aku pun berdiri di sebelah dia dek kerana saf pertama telah pun penuh. Usai bersolat dia menghulurkan tangan sambil tersenyum. Salam di sambut dengan senyuman. Aku sukakan sen...