Kisah Benar - Suami Lari Meninggalkan Rumah
Membaca tulisan Tn Nawawi Dahlan dalam blognya mengenai poligami sangat menarik dan menghiburkan. Tulisannya bersahaja, sangat mencuit hati dan penuh dengan hujjah-hujjah mantap yang tak mungkin dapat dipertikaikan. KLIK UNTUK KE BLOG MATAHATI Bagi golongan yang belum berpoligami - tetapi sangat teringin berpoligami - tulisan Tn Nawawi ini akan menggeletek hati mereka untuk terus kekal membacanya. Justeru Pak Lang syorkan Tn Nawawi teruskan istiqamah menulis tajuk yang sangat menarik ini. Harap-harap dapat dibuat buku nantinya. Ramai sangat peminat poligami di luar sana yang begitu inginkan maklumat berkaitan cara hidup 'berani' sebegini iaitu berpoligami. Kaum lelaki juga terdedah dengan penderaan!! Janganlah diingat, hanya kaum wanita sahaja yang kena dera. Sebenarnya kes-kes dera yang ditanggung oleh kaum lelaki lebih dahsyat. Cuma oleh kerana yang kena dera sebegini adalah lelaki maka tidaklah riuh rendah kedengarannya. Orang lelaki lebih berjiwa besar, sabar d...