Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEJADIAN PELIK DAN SERAM

Bekas Askar Perang Dunia Kedua Merakamkan Gambar Kenangan Di Kawasan Tragedi 1945 Tetapi Terakam Suatu Yang Mengejutkan.

Imej
Major bersara John Tulloch terkejut apabila imej yang dirakamkan beliau pada tahun 2010 di Borneo memberi penampakan yang menyeramkan. Imej putih yang muncul dalam kamera seakan-akan membentuk rangka manusia yang berbaris. Insiden ini berlaku semasa Major John Tulloch melawat kembali laluan yang terkenal dengan tragedi Sandakan Death March. Tragedi Sandakan Death March berlaku pada tahun 1945 apabila tentera Jepun memaksa 2,400 orang tentera Bersekutu yang kebanyakan tentera Australia dan 3,600 orang buruh paksa Indonesia.  Daripada 6,000 berkawat daripada Sandakan ke Ranau, hanya 6 orang sahaja yang selamat, itupun disebabkan oleh hasil ikhtiar mereka untuk melepaskan diri. Keganasan dan kebrutalan Jepun semasa Perang Dunia Kedua sangat diketahui. Insiden serupa turut sama berlaku di Filipina. Insiden yang dikenali Bataan Death Marchmenyebabkan 650 orang tentera Amerika Syarikat dan 10,000 warga Filipina kehilangan nyawa sebelum mereka sempat menjejakkan kaki ke Camp...

Kisah Seram Tiga Remaja Diganggu Makhluk Halus Di Seremban 2

Imej
Pak Lang sengaja paparkan kisah berikut untuk sekadar menjadi bacaan santai anak cucu sekelian. Mohon maaf kerana ianya tulisan pengalaman menakutkan seorang pelajar kolej - ditulis dalam bentuk tatabahasa remaja. Mungkin agak sukar memahaminya. Pak Lang tidak ada kelapangan masa untuk mengedit.  Bacalah kisah dia dan dua orang rakannya diganggu makhluk halus. Apa yang Pak Lang sasarkan melalui paparan ini ialah kita semua dapat memahami dan mengakui kewujudan makhluk ghaib di sekeliling kita. Kalau jin atau 'hantu' yang jahat dan nakal pun kita boleh terima - dalam bentuk dia berupaya mengganggu kita, kenapa ada orang tidak boleh menerima kehadiran Rasulullah saw, para sahabat, kaum keluarga Nabi dan para wali Allah dalam hidup kita seharian. Tentu mereka lebih utama kita yakini berupaya hadir dan membantu kita selama diizinkan Allah SWT. Jadi fikir-fikirkanlah hal ini. Menariknya dia sebut, masa itu hanya ada kedai Rufaqa' kat Seremban Dua!! (Psst... Kalau seo...