Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MONOLOG RUH

Pandangan Allah Atau Pandangan Manusia?

Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar dengan membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai memandunya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keldai tersebut.  Waktu manusia melihat keadaan tersebut, maka mereka berkata, "Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki." Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan manakala anaknya di belakang.  Tidak lama kemudian dilihat oleh manusia yang lain, mereka berkata, "Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? (Supaya keldai cepat mati)." Luqman pun turun dari keldai dan anaknya sajalah yang berada di atas keldai itu. Tidak lama kemudian manusia yang lain berkata pula, "Wah! Orang tua berjalan kaki dan puteranya memandu keldai."  Mendengar itu anaknya turun dari keldai berjalan kaki beserta orang tuanya. Dilihat lagi oleh m...

Luahan Dan Bicara Ruh - Kisah Perjalanan Berpindahnya Ruh Dari Alam Arwah Ke Alam Dunia

Bahan tulisan di bawah adalah monolog ruh di dalam diri manusia. Ianya Pak Lang tulis untuk mengkisahkan perjalanan ruh manusia bermula dari alam arwah ke alam rahim ibu dan ke alam dunia. Membaca monolog ini akan membantu memahami tugas dan peranan manusia di atas muka bumi iaitu sebagai hamba dan khalifah. ______________________________________________________________________ MONOLOG PERJALANANKU; DARI TUHAN, UNTUK TUHAN DAN KEPADA TUHAN Wahai Tuhanku Yang Maha Agung..... kuungkapkan rasa syukur dan terima kasihku atas segala kurniaMu padaku. Engkaulah Zat Yang telah menciptakan Aku, Engkau menyayangiku, Engkau memberikanku kehidupan, memberi oksijen untuk ku bernafas, memberi makan dan minum, memberi ruangan di bumi untuk mataku melihat, telingaku mendengar, tubuhku merasa, tanganku memegang, mencapai segala-galanya. Engkau beri peluang untukku mengembara ke seluruh pelusuk muka bumi untuk melihat kebesaran dan keagungan penciptaan alamM...