Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel RENUNGAN

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

Imej
Dalam dunia yang sudah rosak, ramai umat Islam sudah tidak memahami kehebatan dan keagungan Islam. Hati yang sudah lalai dengan Tuhan menjadikan mereka hidup dalam runtunan nafsu, syaitan dan yahudi. Kelalaian hati ini sentiasa meningkat dan terus meningkat. Tiada usaha untuk menarik hati agar kembali khusyuk kepada Tuhan. Ramai yang menolak hal-hal yang bersifat rohaniah, pelik dan ajaib. Sedangkan perkara sedemikian merupakan asas kepercayaan dalam Islam. Bukankah Tuhan itu maha ghaib dan maha pelik? Tuhan tidak boleh diakal-akalkan. Begitu juga sistem pentadbiran Tuhan mengemudi seluruh alam dengan kuasa dan ilmuNya yang Maha luas. Manusia tidak akan mampu menjangkau apa yang wujud di sebalik segala sesuatu. Cuma kadang-kadang Tuhan tunjukkan apa yang menjadi rahsia bagi sesuatu kejadian agar dijadikan iktibar oleh mereka yang ikhlas mencari kebenaran. Jadi belajarlah mengkaji apa yang tersirat di sebalik setiap kejadian. Bersangka baiklah dengan Tuhan atas apa jua yang ditimpakann...

Janganlah Pandangan Mata Melalaikan Penilaian Mata Hati.

Imej
Assalamualaikum!!!  Kepada semua pe ngunjung blog SuaraMuhajirin 313, Pak Lang mengucapkan selamat bertemu kembali. Bacalah artikel menarik di bawah untuk memudahkan kita memahami betapa perlunya agama itu dilihat melalui rasa hati.  Agama Islam itu dinilai pada rasa yang wujud di dalam hati kita bukan pada akal kita. Akal hanya alat membantu hati memahami persekitaran dan hati akan memberi tindak balas d a lam bentuk rasa.  Getaran ra sa hati y ang pelbagai bentuk sangatlah pentin g kita usahakan. Getaran rasa itu adalah rasa-rasa seorang hamba Tuhan yang rasa hina, lemah dan berdosa di sisi Tuhannya. Rasa -rasa sebeginilah yang menjadikan seseorang hamba itu berkualiti di sisi Tuhan. Akal yang memikirkan segala-galanya tidaklah bermakna apa-apa pun jika kita tidak meng usahakan wuju d nya rasa-rasa hamba yang bersesuaian...  Semoga kita dapat memahami dan melatih hati kita terbina rasa-rasa yang dimaksud kan! Renungkanlah tulisan berikut! ...

Koleksi Baby Yang Comel

Imej
Berikut Pak Lang paparkan koleksi gaya tidur baby yang di perolehi dari satu blog; Klik di sini Sekadar untuk menghiburkan tapi hakikatnya jika dikaji, sangat bermakna. Lihatlah mereka sebagai diri kita. Umur seusia mereka tiada dosa!! Bayangkan jika kita berjaya di asuh tanpa menempuh atau melakukan dosa. Kekal suci seperti kain yang putih bersih!! Tapi sedihnya sampai umur kita sekarang, usia kita yang membanyak rupanya seiring mengumpul dosa. Banyak tidak terhingga. Jika dinilai kebaikan, rasa cemas kerana ikhlasnya tiada lalu tiadalah apa-apa nilaiannya di sisi Tuhan atau kalaupun kita ada buat kebaikan dan memang ada nilai keikhlasan tapi kalau sembahyang tidak selesai, maknanya amalan kebaikan yang kita buat itu juga tertolak. Alahai!!!! muflislah kita.... Bermohonlah pertolonganNya..... sekadar renungan dari Pak Lang untuk diri Pak Lang sendiri terutamanya.   _________________________________________________________________________ Shhhh. Baby tengah ...

Tazkirah buat diriku

Mati!! Semakin hari semakin hampir dengan kematian. Ngeri mengenangkannya! Sebaik bermula proses nyawa nak ditamatkan Malaikat Izrail, khabarnya ada rasa dalam diri bahawa "aku dah nak mati!!!" peluh pun keluar. Gementar tidak terkira! Semua dosa menerpa secara tiba-tiba.  Terlintas semua orang yang disayang, teringat semua tanggungjawab dan amanah. Sakitnya kematian sudah mula terasa. Penuh memercik semakin deras. Dada berombak bagai hendak pecah....teringatkan kesudahan kehidupan. Apakah baik atau buruk. Mencuba menyebut kalimah syahadah, mampukah lidah menyebutnya di saat segenting itu? Ingin bertaubat supaya dapat keluar dari alam dunia dalam keadaan bersih dari dosa? Masa yang ada sudah tidak sempat bertaubat, nyawa sudah tinggal dihalkum. Di saat akhir mencari-cari siapa guru yang boleh membantu menyelamatkan?? Allahhhhh!

RAHSIA BAHAGIA

 Rahsia Bahagia Sekaya-kaya manusia di dunia, biasanya dia menempuhnya dalam keadaan keluh kesah dan tertekan. Gelisah, menderita serta rasa tidak mendapat apa yang dicari sentiasa menghantui diri. Di pihak luaran orang lain melihat sikaya dengan perasaan kagum. Orang lain jadi cemburu tetapi empunya diri rupanya sedang menderita dan kecewa.