***Perkampungan Nabi Ayub*** - Dari Blog AnjangMuor
SILA BERKUNJNUNG KE BLOG ANJANGMUOR Salam Ramadhan. Awal pagi ni En Rosli, Rizal dan Abil baru sampai dari Mesir. Pegi kejap je ada misi. Dato’ Lokman Hakim dan Tuan Hj Salleh pun baru sampai dari Saudi, membawa bermacam-macam berita dan perkembangan. Kali ni anjang nak cerita ziarah kami ke perkampungan Nabi Ayub. Jaraknya dari Sanliurfa lebih kurang 100km, dek kerana keletihan, duduk-duduk dalam kenderaan, tak sempat menghayati keindahan pemandangan dah tertidur. Sebenarnya negara Turki sangat indah. Tanahnya subur. Sepanjang perjalanan dari airport Sanliurfa ke hotel ketika sampai tempoh hari memang indah. Antara tanaman di sini ialah gandum, bunga matahari, epal, aprikot, badam, beri dll. Musim panasnya tak berapa panas, alhamdulillah. Sampai di tempat yg dinamakan Perkampungan Nabi Ayub kami dibawa ke makam Nabi Ayub. Terletak di kawasan perkuburan lama dan baharu. Alhamdulillah, Makam Nabi Ayub terpelihara kerana ada penjaganya dan ada bangunan khas. Itulah k...