Karpal Singh Maut Kemalangan
K'jaan Perak ucap takziah, minta pengguna l'raya berhati-hati Linangan air mata di Hospital Ipoh Samy Vellu akui Karpal rakan baik, negara hilang pemimpin besar Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara dekat Kampar awal pagi ini (17April). Pembantu peribadi beliau, Michael Cornelius Selvam Vellu, 39, turut maut dalam kemalangan itu yang membabitkan kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki mereka dengan sebuah lori dalam perjalanan menuju utara berhampiran Gua Tempurung. Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta itu dilaporkan cedera. Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kenderaan yang dinaiki Karpal rosak teruk. Anak Karpal - Gobind Singh Deo (kiri) yang juga MP Puchong - memberitahu The Star bahawa bapanya meninggal dunia di tempat kejadian. "Adik saya Ram cedera ringan tetapi kita cuba untuk menghubunginya, katanya ketika dihubungi The Star pada jam 3.30 pagi. S...