MAIS-Zarina Berdamai, Saling Menghargai
Wednesday, June 11, 2014 Selepas seminggu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pengantin kontroversi Zarina Abdullah Majid akhirnya berdamai dalam isu perkahwinannya mengikut upacara Hindu. Malah, selepas pertemuan kedua-dua pihak hari ini, Pengarah MAIS Datuk Mohamad Adzib dan Zarina mengeluarkan kenyataan bersama yang antara lain memuji tindakan satu sama lain. Menurut kenyataan itu, wakil keluarga Zarina mengakui siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – badan penguatkuasaan MAIS – dilakukan penuh hormat dan tidak menyinggung perasaan keluarga dan tetamu majlis perkahwinan. “Pihaknya turut kesal dengan istilah serbuan yang sengaja disensasikan oleh pihak media sehingga menimbulkan ketegangan,” kata Adzib dan Zarina. Dinyatakan juga, JAIS pula berkata, siasatan mereka mendapat kerjasama baik daripada Zarina dan keluarga. Berhubung status agama Zarina, MAIS menasihatinya memfailkan permohonan status agama di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia terletak bawah bidang kuasan...