Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BLOG KAMAR KEHIDUPAN

Belajarlah...Untuk Duduk Di Dalam kelongsong Orang Tua

Imej
Tulisan Puan Khalijah Ismail Pada ketika saya memandang wajah mak, jasadnya semakin susut bukan kerana tidak sihat tapi kurang makan.  Pada ketika saya melihat riadahnya, mak semakin kurang menonton TV, adapun menonton mata sudah terlelap. Sudahnya TV tonton mak...Pada ketika saya melihat aktivitinya, mak semakin kurang berjalan-jalan. Lebih banyak menghabiskan masa dengan mengaji Al-Quran.  Berkebun sikit-sikit dari tanah peninggalan arwah abah. Pada ketika waktu hampir 10.00 malam, mak awal-awal lagi sudah masuk tidur. Tapi jangan ganggu dia selepas itu pasti susah mak nak tidur semula. Buat kata mak, tua-tua ini susah dah nak tidur. Suatu hari saya tanya mak yang pada ketika itu beliau baru pulang dari menunaikan haji. Kata saya 'selepas ini apa rancangan mak seterusnya? anak-anak semua dah besar serta berkahwin. Haji juga telah ditunaikan. Apa harapan mak seterusnya? Kata mak ' hanya ingat mati sahaja...' Kesimpulan dan hikmahnya; Bela...