Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM) - Bagaimana Hasilnya Sekarang???

I Pendahuluan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat KBSM adalah selaras dengan matlamat pendidikan negara ke arah menghasilkan insan yang seimbang berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dalam rancangan KBSM, pendidikan bersepadu merupakan satu strategi penting bagi menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu dan kemahiran; bahasa; dan nilai-nilai dalam semua mata pelajaran. II Latar Belakang Dari segi konsep, pendidikan bersepadu ditakrifkan *sebagai proses pembentukan pelajar dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, pemupukan nilai-nilai murni dan perkembangan jasmani yang dilakukan secara menyeluruh ke arah mewujudkan insan yang baik.Proses ini berlaku serentak, selaras dan sentiasa terikat kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. III Pendekatan Dari segi pendekatan, untuk menjayakan matlamat pendidikan serta kurikulum bersepadu, perkara-perkara yang ditegaskan ialah: ...

20% Pelajar Menengah Di Perlis Ketagih Ketum

Imej
KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata guru boleh memainkan peranan berkesan untuk membantu pelajar mengatasi masalah ketagihan air ketum. Beliau berkata kajian Jabatan Pendidikan Perlis mendapati 20 peratus daripada pelajar tingkatan satu hingga enam di negeri ini terbabit meminum air ketum. "Kerajaan negeri bimbang peringkat awal pelajar-pelajar ini menagih air ketum tetapi lama-kelamaan mereka menjadi penagih dadah, ubat batuk atau menghidu gam," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri kali ke-43 di Dewan 2020 di sini semalam. Azlan melahirkan kekhuatirannya bahawa pelajar yang menjadi penagih air ketum sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan wang kerana tidak dapat mengawal ketagihan. "Saya sedar tanggungjawab ini bukan mudah untuk dipikul kerana guru juga perlu memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik para pelajar. Namun saya harap guru yang kerap bersemuka dengan mereka mengambil kesempatan itu untuk memb...

Isu Pendidikan Di Malaysia - Kerap Berubah Polisi DanTaksub Dengan Semua A Bakal Menjahanamkan Sistem Sekolah MALAYSIA..!!

Bacalah satu tulisan mengenai sistem pendidikan di Malaysia yang dilihat semakin kritikal. Banyak perkara yang perlu dianalisa dan di kaji. Pencapaian A bukanlah suatu yang menjadi penanda kejayaan sebenar.  Kepada semua pendidik, eloklah membaca paparan ini untuk menambahluaskan maklumat anda. Inisiatif yang dilakukan oleh Yayasan Amir seperti yang dinyatakan di dalam artikel ini adalah suatu yang menarik untuk diperhatikan. Sebenarnya banyak lagi pendekatan kreatif yang perlu dilakukan dalam menarik minat pelajar.  Apa yang diluahkan ini, Pak Lang telah tulis DI SINI dan DI SINI . Walau bagaimanapun bacalah yang ini dahulu. Pandangan penulis berikut diambil dari BLOG KEDAH LANI . "Beri sekolah kuasa autonomi, elak fokus semua A, selamatkan sistem pendidikan" kata pendidik OLEH SHERIDAN MAHAVERA March 27, 2014 Isu PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah ) - Tiga tahun pelaksanaan, tiga tahun sekolah ditekan dengan pelbagai pencapaian. Ditekan oleh siapa? Ke...

Kualiti Pendidikan Malaysia Lebih Perlu Di Bimbangkan - Pakar Ekonomi Bank Dunia

Imej
Berikut adalah satu paparan dalam sebuah BLOG yang melaporkan mutu pendidikan di negara kita. Ianya menurut kajian oleh sebuah badan penarafan antarabangsa yang menilai prestasi akademik (keupayaan penguasaan dalam subjek tertentu).  Demikianlah umumnya masyarakat dunia menilai taraf pendidikan. Tentunya langsung tidak menilai dari segi sahsiah dan moral. Bahkan tidak ada usaha teras yang dilakukan oleh mana-mana negara dalam melihat fenomena kehancuran moral pelajar di negara masing-masing.  Sepatutnya negara kita Malaysia mengambil inisiatif yang lebih serius dalam melahirkan pelajar berkualiti. Pelajar mesti dinilai berdasarkan pencapaian sahsiah dengan kualiti kemanusiaan yang tertinggi sebagai kayu ukurnya. Jati diri manusia adalah nilai diri manusia yang hakiki. Tanpa penekanan dalam hal yang penting ini, kita hanya merendahkan martabat manusia sebagai hamba dan khalifah Tuhan di atas muka bumi.  Pencapaian akademik bukanlah segala-galanya yang patut ...