Isu CADBURY Dan DNA Babi: Antara Auta, Fatwa Dan Taqwa
Pak Lang menerima 'whatsapp' dari seorang pembaca suaramuhajirin313 mengenai isu DNA babi dalam coklat Cadbury. Kandungan 'whatsapp' tersebut merupakan satu artikel menarik yang bertajuk seperti di atas. Pembaca tersebut mengatakan artikel berkenaan ditulis seorang pensyarah Universiti Malaysia Perlis (UMP) yang pernah melawat kilang pengeluaran produk CADBURY. Para pembaca wajar melihat persepsi yang diluahkan olehnya.... Isu DNA babi yang ditemui di dalam dua perisa coklat Cadbury telah menimbulkan perdebatan yang hangat di tanah air. Respon yang diberikan oleh masyarakat, sekurang-kurangnya memberikan gambaran bahawa umat Islam khasnya di Malaysia amat sensitif dengan isu haram di dalam makanan, walaupun kurang sensitif dengan isu haram pada perkara lain seperti rokok, pengurusan kewangan dan lain-lain. Di saat artikel ini ditulis, JAKIM menerusi Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru sahaja membersihkan produk Cadbury itu daripada DNA babi. Saya dan keluarga pernah ...