Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MENCARI YANG HALAL

Binatang Yang Halal Dimakan Dan Sembelihan

Imej
Cara, syarat dan rukun menyembelih haiwan Pada akhir- akhir ini, banyak sekali makanan yang ditemukan mengandungi bahan yang haram. Salah satu bahan itu ialah daging babi. Bagi umat muslim, babi adalah haram dari sekecil-kecil juzuk hingga keseluruhannya bahkan haram menyentuhnya dengan sengaja. Kalau sentuh dgn tangan yang basah atau lembab maka wajib di sertu dengan 7 kali cucian air yang diawali dengan air tanah.  Menurut kajian, di dalam daging babi terdapat kuman penyakit dan cacing pita yang dapat mengganggu kesihatan kita. Bakso merupakan salah satu makanan yang sangat popular di Indonesia bahkan ianya juga sudah semakin diminati umat Islam Malaysia.  Bakso asalnya diproses hancur menggunakan daging lembu. Namun akhir-akhir ini banyak terbongkar daging sapi dicampur atau diganti dengan daging babi. Pastinya demi mendapatkan keuntungan yang lebih. Kejujuran sukar bertahan tanpa iman yang teguh.   Mari kita tinjau hal ehwal binatang yang  ...

Mengejutkan! - Serbok Kopi Gelatin Babi.

Imej
J/BAHRU 25 Mac 11: Ada atau tidak serbuk kopi gelatin babi ini di tempat anda? Kalau ada sila buat laporan kepada pihak berwajib. myMetro Online melaporkan, sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi. Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai. Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan. “Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi “Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, ...

Hei!! Jijiknya Apa Yang Kita Makan Selama Ini?

Imej
Bongkar!! 10 Gambar Mee Hoon Cap Masjid Keluaran Kilang Yang Disangsikan Halal dan Kebersihannya Lihat sendiri 10 gambar sebagai bukti berbicara betapa mee hoon cop masjid keluaran kilang ini cukup kotor dan menjijikkan sekali ... status halalnya pula amat diragui sama sekali... para pekerja hampir 100% warga Bangladesh. Nama kilang pengeluaran KILANG MEE HOON VAN LOONG BEE SDN BHD 23 A, BATU 7, JALAN IPOH KUALA LUMPUR. Mohon agensi kerajaan yang bertanggung jawab seperti JAKIM dan KPDNKK lakukan sesuatu jika apa yang dikhabarkan dalam gambar-gambar ini benar. ~fb king jason (SUMBER; ADDIN )

Mencari Yang Halal Itu Fardu

Imej
   Situasi 1 Aishah dan Linda masuk beriringan ke dalam sebuah pasaraya. Sebuah troli ditarik Aishah lalu ditolak perlahan bersebelahan Linda. Sekeping kertas bertulis senarai barang dipegang Linda erat. Matanya tekun menatap barangan yang perlu dibeli bagi keperluan rumah sewa mereka. Ada lebih kurang 10 jenis barangan dan semuanya perlu dibeli agar tidak mendatangkan kesulitan nanti.Yang paling penting sudah tentulah senarai makanan sejuk beku. Kalau lapar, boleh juga digoreng untuk mengalas perut. Sampai di bahagian sejuk beku, Linda berhenti. Aishah yang mengekori dengan troli di belakang juga berhenti mengejut. Dilihatnya Linda mengambil sebungkus makanan sejuk beku lalu terus diletakkan di dalam troli. “Linda, tukar yang lain.” Aishah meletakkan semula makanan sejuk beku itu ke tempat asalnya. “Kenapa pula?” Linda menyoal kehairanan. “Cuba kau tengok betul-betul, bungkusan tu mana ada logo halal JAKIM. Entah apa bahan asas benda ni. Aku tengok pun...