Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel GURINDAM CINTA TUHAN

Indahnya Bercinta Dengan Tuhan!!!

Imej
Khat indah menukilkan keseluruhan surah ar-Rahman   Bercinta dengannya Tuhan itu mudahnya ranum, Cinta denganNya tidak berhajatkan temu janji, Kerana Tuhan itu hakikatnya inna ma'akum aina ma kuntum, Pada setiap masa setiap tempat siang malam petang dan pagi Bercinta dengannya Tuhan itu indahnya nian, Cinta itu diikat ketat dengan permintaan, Sedangkan manusia meluat kalau kita selalu meminta, Sedangkan Tuhan itu makin kita meminta makin Dia cinta! Bercinta dengannya Tuhan itu tiap-tiap perbuatan dilayani, Setiap pujian padaNya itu diganjari, setiap rayuan didengari, Setiap ucapan padaNya dibalasi kalau ingatNya diingati, Sehingga terasa malu mengenangkan bagaimana sang pencinta ini? Bercinta dengannya Tuhan itu bila-bila kau boleh merajuk, Nanti Dia akan mendatangkan takdir untuk kitanya dipujuk, Maka - bagaimanakah bisa manusia-manusia tidak berTuhankan, Sedangkan perasaan manusia naik turun dalam ribut dalam hujan? Bercinta dengannya Tuhan itu tiada istil...