Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel DUBAI

Menara Kediaman Tertinggi Di Dubai Terbakar!!

Imej
DUBAI: Salah satu menara kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch terbakar di sini awal pagi tadi.  Penduduk berkata, kebakaran bermula di tingkat ke-50 dan merebak ke tingkat ke-70. Kejadian kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan di menara setinggi 336.1 meter itu menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke menara bersebelahan. Tiada kematian dilaporkan setakat ini, ketika kebakaran berjaya dikawal dan beratus-ratus penduduk dibenarkan kembali ke unit pangsapuri masing-masing.  Penduduk yang terbabit berjaya diselamatkan daripada terkena kecederaan sesak nafas. Sementara itu, rakaman video amatur yang dimuat naik menunjukkan api marak di bahagian atas menara manakala sisa bangunan kelihatan bersepah di atas jalan raya ketika angin kuat menyebabkan api bertambah besar. Dubai memang terkenal dengan begitu banyak menara pencakar langit dan beberapa kebakaran pernah berlaku sebelum ini. Pada 2012, kebakaran berlaku di Menara Tamweel dekat da...

Mall Of The World DUBAI: Pusat Membeli Belah Terbesar Di Dunia

Imej
Bagi sesiapa yang pernah sampai ke Dubai (Emerates Arab Bersatu), pasti akan teruja dengan pemandangan yang ada di sana. Di tengah-tengah padang pasir berdebu (jika di lihat dari atas pesawat), kita akan mendarat di sebuah bandaraya canggih dan moden. Kita akan terasa berada di negara b a rat atau eropah.  Cuma yang membezakannya ialah banyaknya masjid yang besar-besar dan hebat rekabentuknya. Selain itu, penduduk yang berbangsa arab dengan pakaian tradisi mereka menjadi pertanda kita bukan di negara barat.  Bandaraya Dubai merupakan sebuah kota metropolitan yang sangat cepat berkembang. Bangunan pencakar langit seperti Buruj Khalifa dan Buruj Arab menjadi mercu tanda yang menjadi tarikan pengunjung dari seluruh dunia. Selain itu, Dubai adalah pusat membeli belah yang terkenal. Jika kita melihat di Malaysia penuh dengan pusat membeli belah, ianya tidaklah dapat mengalahkan Dubai. Sepertimana termaklum, Malaysia merupakan negara yang gilakan pusat membeli belah. ...