6 April 1453..Bermulanya Keruntuhan Kota Konstantinople..
Panglima terkenal Perancis, Napoleon Bonaparte(1769-1821) pernah mengungkap kata-kata pujian kepada kota ini, “If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.” Caput Mundi Kata-kata Napoleon ada benarnya. Pada abad pertengahan, Kota Konstantinople adalah kota paling sibuk, kaya dan makmur di dunia. Kota ini dibina oleh Maharaja Constantine(272-337) pada 330 masihi dan kemudian dijadikan sebagai pusat pemerintahan Rom Byzantine. Kota ini kemudian muncul sebagai tempat persinggahan ramai pendagang daripada timur dan barat. Wajah asing di benua Eropah seperti daripada Habsyah, Arab, Mesir,China dan India boleh ditemui di selat Bosphorus. Disebabkan faktor strategik dan kedudukannya daripada segi geografi di peta dunia, barat menggelarkan kota ini sebagai Caput Mundi yang membawa maksud ibu negeri dunia. Dek kerana lokasinya yang strategi, kota Konstantinople diimpikan oleh setiap panglima daripada seluruh dunia. Reputasi gah ...