Teater Transit Warga Tanah Mendapat Anugerah Khas Juri
Alhamdulillah!! Kumpulan Remaja Harapan Pochan - dengan naskhah teater mereka Transit Warga Tanah telah mendapat Anugerah Khas Juri baru-baru ini. Sememangnya masih banyak perkara lagi yang perlu mereka pelajari berkaitan dunia teater. Mereka tampil dengan mesej yang sangat berat dan begitu berani mengetengahkannya untuk dinilai oleh khalayak umum. Aura keyakinan diri mereka dalam persembahan itu memang kuat tetapi mungkin ianya tidak tersambung dengan hati, pemikiran dan jiwa juri. Ini kerana, teater adalah teater. Konsep dan falsafahnya tersendiri. Justeru mengolahkan naskhah teater berunsur kerohanian seperti eksperimen Kumpulan Remaja Harapan ini adalah suatu yang sangat mencabar. Pada Pak Lang skrip itu perlu dikaji, dinilai, diperbaiki dan diolah dari masa ke semasa. Khabarnya skrip itu sudah diluluskan lebih 2 tahun yang lalu. Tentunya masih banyak ruang untuk dibaiki. Pada Pak lang jika ianya dipersembahkan berulang kali kepada kelompok audien...