Dialog Ayah Dan Anak Di Akhirat
Ini ada sedikit kisah yang akan berlaku di Negeri Akhirat. Pertemuan seorang ayah dengan anaknya setelah ribuan tahun tidak bertemu. Bertemu dalam keadaan setiap mereka bertelanjang. Berbicara dalam keadaan sudah tidak ada perasaan malu kerana ada hal lain yang sangat menakutkan iaitulah neraka!! Mula-mula bapa akan bertanya kepada anaknya, 'Bagaimanakah perlakuanku terhadapmu di dunia dulu?' Maka si anak itu akan banyak memuji perlakuan bapanya. Selepas itu bapa akan berkata, 'Hari ini aku hanya meminta daripadamu satu pahala sahaja. Mungkin dengannya masalahku akan selesai.' Anak akan berkata, 'Ayah telah meminta sesuatu yang ringkas sahaja, tetapi saya dalam keadaan yang sangat terdesak. Saya sendiri dalam ketakutan dan kebimbangan seperti ayah.' Kemudian soalan dan jawapan yang serupa akan berlaku dengan isterinya, sepertimana terdapat firman Allah ta'ala dalam al Quran; يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡ وَٱخۡشَوۡاْ يَوۡمً۬ا لَّا يَجۡزِى وَا...