Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KESELAMATAN MANUSIA

Peringatan Kepada Pengguna Myvi Dan Alza

Imej
Kepada yang ada guna kereta Myvi or Alza ni kena beringat selalu minta service advisor check rear excel nuts full tighten ke tak ni..da terjadi beberapa kes kereta perodua ni gandar blkg tercabut terus (walau kereta baru)...sayangi nyawa anda. Jgn terus percaya pd kualiti kereta anda. sumber : FB HalfCut BerSama

Mahukah Kita Selamat Dari Kerosakan Dan Kehinaan?

Imej
Manusia rosak banyak sebabnya. Ada sebab luaran dan ada sebab dalaman. Ada sebab lahir dan ada sebab batin. Namun kalau semua sebab-sebab itu dianalisa, puncanya dapat dirangkumkan ke dalam tiga perkara yang pokok. Pertama adalah kerana manusia sudah kehilangan Tuhan. Kedua kerana ketandusan kepimpinan Ketiga kerana sistem hidup manusia sudah punah ranah. Manusia Sudah Kehilangan Tuhan Manusia umumnya sudah kehilangan Tuhan. Manusia sudah melupakan Tuhan. Tuhan sudah tidak lagi menjadi teras dan pegangan dalam hidup manusia.Tuhan sudah tidak lagi menjadi matlamat hidup manusia. Dalam banyak hal, Tuhan diketepikan dan dikesampingkan. Tuhan tidak diletakkan di hadapan. Manusia sudah tidak merujuk lagi kepada Tuhan.Manusia sudah tidak patuh lagi kepada hukum-hakam dan peraturan Tuhan. Malahan hidup manusia bukan lagi untuk Tuhan. Manusia sudah tidak cinta dan tidak takut dengan Tuhan.Tempat Tuhan telah digantikan dengan tuhan-tuhan palsu yang lain. Secara sedar atau tidak, Tuhan telah...