Adun Umno Ini Mungkin Sertai PAS.. Ikuti Penjelasannya
Pelik tapi benar. Apabila ADUN Umno terlantar di hospital, sepatutnya lebih ramai pemimpin Umno yang menziarahinya. Sebaliknya bagi ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah (gambar) yang terlantar di hospital di Ipoh, beliau lebih ramai dikunjungi pemimpin PAS. Beliau berasa tenang dan sejuk sekali dalam hati ketika dikunjungi pemimpin-pemimpin PAS semasa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. “Ada yang datang membawa air tawar dan tidak ketinggalan mereka mendoakan saya sepanjang 11 hari dirawat di sana,” kata ADUN Paloh itu ketika dikunjungi anggota Exco, Datuk Che Abdullah Mat Nawi di rumahnya di Chiku 3 , Gua Musang petang semalam. Hadir sama pada kunjungan itu Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Azman Ahmad, Penyelia DUN Galas, Ustaz Abdullah Husain dan Penyelia DUN Paloh, Noraini Hussin. Nozula bersama keluarganya terbabit dalam kemalangan di Km 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada 17 April lalu ketika dalam perjalanan ke Perak. Kemalangan itu menyebab...