Nak Demo Lagi Ke?....Cukup-cukuplah!
Dari Blog Pak Aspan: kritik untuk mereka yang masih mahu mengajak rakyat berdemo!! Nak demo lagi ke?...cukup-cukuplah! Shamsul Iskandar Mat Akin berkata Kongress PKR tahun ini merupakan Kongres terakhir bagi Anwar sebelum dipenjarakan yang berkaitan dengan tuduhan meliwat pembantu peribadinya. Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk menghakimi rayuannya terhadap ‘conviction’ 5 tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan Mac lepas. Shamsul berkata yang rakyat akan bangun menentang penghakiman itu dan beliau meminta hakim benar-benar adil dalam membuat penghakiman itu. Bagi beliau jika Anwar masih didapati bersalah, maka itu merupakan penghakiman yang tidak adil. Jika Anwar dilepaskan itu penghakiman yang adil. Jika boleh saya cadangkan jika ada caranya, biarlah Anwar sendiri menghakimkan rayuan beliau sendiri. Ia sudah pasti adil dipandangan Shamsul. Shamsul membayangkan jika penghakiman itu mengesahkan Anwar ke penjara, rakyat akan marah dan gerakan reformasi akan berulang....